Thursday, September 17, 2015

Childhood Photos: Jom Main Simple Game!

Assalamualaikum.

Selamat Hari Malaysia! (semalam). As i mentioned before aku ni sekarang stay kat rumah makcik aku sebab praktikal kan. So, pada suatu hari, aku belek-belek album gambar kat rumah beliau maka tiba-tiba aku terpandang gambar-gambar aku masa kecik. You know what, kat rumah aku mak aku tak simpan pun gambar gambar waktu baby baby nie. Maklumlah kan mak aku dulu selalu beranak kecik. Aku yang kelapan dari sembilan beradik kau ingat sempat ke mak aku nak pergi kedai gambar? zaman dulu bukan macam sekarang, mana ade dah nak pergi kedai-kedai gambar ni, snap pakai camera sendiri, print sendiri aha.

Lain lah dengan makcik aku nie, dia muda sikit berbanding mak aku and anak sulung dia sebaya aku. Kalau anak sulung, mestilah nak kumpul gambar banyak banyak kan? maklum lah anak sulung =_=
So dengan penuh kesiannya, aku pun menumpang kasih dgn makcik aku lah hahahaha


So dengan excited (mcm gambar diatas) aku belek-belek album gambar dia lalu berkata "nanti nak scan gambar ni!" dan inilah hasilnya.................................



1. Red or Yellow?



2. Left or Right?


3. which one was me? (*describe)



 4. Blue or Red?



5. Happy or Gloomy?


Okay now, jom main teka gambar aku, hahaha senang gila kan game nie. First three winner will be adding to my bloglist! well it's up to you nak join ke taknak, reward tak menarik pun hahahha but still kalau korang kat bloglist aku, aku akan selalu ke blog korang. Game just for fun!

Cara jawab soalan: 
First; buat numbering mcm gini:

1.
2.
3.
4.
5.

Second; bagi jawapan dia mcm gini: 

cth: 1. Red
(*ini penting, tolong tengok soalan bawah gambar bkn jwpn sendiri)

Third: bagi apa-apa komen tentang entry ni: 

cth: saya suka tengok gambar baby!



P/S: Tengok betul-betul bawah gambar tu ada soalan dia utk no 1-5. Okay goodluck! hehehe.
------------------------------------------------------------------------------------------------
“When we are children we seldom think of the future. This innocence leaves us free to enjoy ourselves as few adults can. The day we fret about the future is the day we leave our childhood behind.”


Monday, September 14, 2015

Song Il Gook Is Heavy-Hearted and Blames Himself for Daehan’s Weak Eyesight

Assalamualaikum





On the September 13 episode of “Superman Returns,” Song Il Gook and the triplets visit an eye doctor and receive some troubling news.
When it’s Daehan‘s turn to get a check-up, Song Il Gook informs the doctor, “Daehan keeps blinking excessively these days, I think it’s because he can’t see well.” It turns out that Daehan does blink a lot when he’s watching TV.
After checking him, the doctor says that Daehan has weak eyesight and has to wear glasses for the rest of his life. Hearing those words, Song Il Gook says, “But he’s so young,” and looks hurt.Letting out a big sigh, Song Il Gook comes home and calls his wife, telling her, “I gave him a bad trait and I feel so sorry,” and thinks that Daehan’s weak eyesight is his fault.
Source : Soompi


Well, actually dah lama aku perasan Daehan pakai spec sebab tgk banyak pic dia pakai spec dari fanpage diorang (bkn masa shooting utk TROS) , tapi episode 95 kali ni, Song Ilkook bawak triplets jumpa eye specialist, so secara officially sekarang ilgook dah declare yang daehan dah kena pakai spec for the rest of his life.

Aku pun rabun jugak. Aku paham macam mana perasaan orang rabun. Lagi-lagi budak kecik. Himnae Song Daehan.




ignore my grammar *eldest & hurting

 lepas aku tweet macam tu, ada jugak manusia berbusuk hati tuduh "kecik kecik dah tgk blue, sebab tu jadi rabun" AMBOI?



Indahnya bahasa. HAHAHAHA yang kelakarnya twitcon dia pun berspec jugak, so? bercakap melalui pengalaman kah beliau? LOL. Entahlah kenapa korang anti-korean ye? prejudice sangat, sampai tahap aku nak learn hangul/korean pun dilabel 'obsess' masalahnya kau kenal aku ke? pasti? *feeling meh*





Janganlah jadi mentality kelas ketiga. Open minded lah oh please. Berbalik kpd daehan rabun tadi, okay look, mak bapak dia dua-dua rabun, aku ada baca somewhere yang mengatakan masalah bad eyesight ni juga disebabkan keturunan, aku pun dari keturunan orang-orang rabun. so tak relevan nak judge orang ni rabun sebab tengok benda tak senonoh kalau kau tak ada bukti. tolonglah jangan tunjuk kebodohan tu terang terangan. aku taknak layan sangat orang macam ni. lepas dia reply lagi, aku pun cakap "suka hati kau la nak cakap apa" then, dia pun senyap. betullah orang kata,

"anjing kalau dia menyalak, jangan dilayankan sangat nanti dia menjadi jadi. biarkan je dia menyalak sorang-sorang lama lama tu penatlah dia" 


Friday, August 14, 2015

Drawing



Assalamualaikum.



Just a quick update about my drawing hewhew. Ajan tanya "minat melukis ke?" Yes, aku memang minat melukis tapi aku punya skill melukis takde lah sampai tahap boleh dipanggil pelukis sebab aku sebenarnya kena ada bahan references kat depan. contohnya kalau aku nak lukis anime aku kena ada actual picturenya sbg rujukan. Maksudnya tahap imaginasi aku belum sampai tahap boleh mencipta character anime sendiri.


sejak beberapa hari ni aku selalu melukis and upload kat ig hehehe sesiapa dah follow ig mesti dah tengok nie semua. sebelum tu tlg klik {nini dan ini} mekaceh ^^







yang dua nie aku lukis kat office, tak bawak pencil color so-------



usui takumi ----- from anime Kaichou Wa Maid-Sama requsted by my officemate Lin. Aku dah tengok anime ni dulu. Handsome gila mamat usui ni  >0<  Lepas upload drawing ni kat ig eh ramai pulak yang request suruh aku lukis anime character yang diorang nak. Ok, aku terima shj. tapi aku tak jamin aku boleh siap cepat. Aku terima request ni bukan nak berlagak "senpai" cuma aku anggap apa yg aku lukis ni sbg latihan untuk aku. Lagipun aku sebenarnya bukanlah seorang otaku yang mengenali semua anime character. 



Kaneki Ken from Tokyo Ghoul requested by hararakacak. Ni lah contohnya "bila orang request , secara tak langsung diorang introduce kan aku dgn anime character yg aku tak tahu kewujudannya sebelum ni."

Yes, aku bukan penggemar anime =_= dan aku tak tahu anime apa yg best skrg ni sbb anime yg aku tengok boleh kira dgn jari, tu pun copy dgn roomate masa sem satu dulu lol.



Monkey D'Luffy from One Piece--- requested by Lin. Yang ni aku tahu lah, sebab adik aku pun tengok cite nie hahahahaha.




Haaaa lagi satu, aku tak reti lukis potret uhukuhuk so maaflah ajan yang pada asalnya suruh lukis diri dia terpaksa buat versi chibi/anime heol -.- Okay, dah takde apa nak cakap ---- post ni sekadar untuk memastikan blog ini senantiasa di update (biarpun bukan tiap hari)

p/s: aku dah start baca manga kat mangareader.net hahaha thanks to my cousin---najwa yang ajar aku cemana nak baca manga online lol jakunnya +___+ Futagami Double Manga best!



Wednesday, August 05, 2015

Hey! New Look.




new watermark hihi


Assalamualaikum.

Yey laptop dah okay ---- first time format sendiri lol, maksud aku baru ada keberanian nak format laptop sendiri setelah dia meragam macam macam keluar. Lepas install balik drivers yang diperlukan antara benda pertama yang aku cari ialah Adobe Photoshop CS3. Before this aku guna, Adobe Photoshop White Rabbit hohoho. 

So bila dah ada PS balik ni perasaan nak tukar template guna idea sendiri and edit sendiri membuak buak. Tapi tak rancang pun nak tukar secepat ini sebab theme Black and White yang lepas tu pun baru je tukar. Aku tak puas hati sangat template lama tu sebab sidebar dia tak lawa and limited ;__; plus, aku lagi puas hati kalau pakai design/idea sendiri.

Maka semalam, kat tempat kerja aku mula buat header. Tu pun dah lewat, aku buat dlm lepas waktu tengah hari, then tamat waktu office, siap! TAAAAAAAADAAA!


aku guna gambar daehan minguk manse tuh sebab they're one of my obsession/interest lol siapa je yang tengok TROS tak minat diorang kan? so as a peminat setia Superman Return, aku guna Song Triplets sebagai penyampaiana apa yang aku cuba sampaikan. Harap harap sampai lah.

Kalau korang masuk blog nie and be like "oh ada song triplets, tak syak lagi dia nie peminat song triplets and tengok TROS" maknanya apa yang aku cuba sampaikan tu menjadi lah hohooho.

Okay back to the right track, lepas tamat waktu office, balik rumah buat apa yg patut, tengok syurga nur. Lepas solat maghrib aku sambung edit footer and terus tukar template lama ke Denim. Clean and Clear mula mula tu lepas tu aku edit ah. Dengan bantuan tutorial dari Nabila Medan akhirnya sekarang blog yang korang tengok nie lah hasilnya.

DON'T STEAL

 Aku akui, design kali nie adalah yang paling aku suka ^^ sebab kaler dia, watermark dia. and most important masa nak edit coding tu smooth je, tak banyak berlaku error. Tapi sebenarnya banyak lagi yang aku tak edit ni mcm scrollbar, kotak komen etc. Nantilah semua tu tak penting, tak kacau pandangan aku pun so hold dulu. So dalam jam 12.30++ AM semalam aku siap edit setakat ini shj.

Alangkah bagusnya kalau aku segigih ni buat system yang ditugaskan untuk budak praktikal mcm aku  ni =_= but yeah theres database blablablabla yang membuatkan aku terjerumus ke benda lain instead siapkan system tuh. Aiyaak!

cr: cute floating navigation and blockquote to ---- wanaseoby

and yang lain-lain semua cr to myself. Thats all, Thankyou!

Thursday, July 30, 2015

Syurga Nur : Azrel Ismail

Assalamualaikum,

Hehehehe hai korang, tengok tak drama main petang petang maghrib tu? Syurga Nur. Janna Nick cantik sangat kannnnnnnnnnnnnnn.... alangkah bagusnya kalau kat luar pun dia bertudung mcm Nur ^^ sama sama kita doakan.

Okay entry nie bukan nak cerita pasal Janna Nick, tapi pasal "Abang Bulu" iaitu Doktor Harris omg omg omg /fangirling mode on/ aku ni dah lama tau tak fangirling kat retis melayu. Lepas tengok Syurga Nur nie im head over heels for this person. Suka tengok senyum dia, seriously aku tak pernah tengok Azrel Ismail berlakon sebelum nie--------------


Masa first episode Syurga Nur, tengok montaj mula-mula tuh aku ingat dia Hafreez Adam, rupanya Azrel. Okay, aku tak telintas langsung yang dia ni muka mcm Remy Ishak sampailah aku tengok satu gambar keratan akhbar kat ig beliau bertajuk "Azrel tumpang tuah seiras Remy Ishak". Maknanya apa ni? Maknanya aku tengok diri dia bukan sebagai orang lain, bukan sebagai Hafreez bukan sbg Remy. Antara depa bertiga nie aku rasa Azrel lagi handsome . aha sorry fans. Just my thought yang dah dijajah oleh Doc Harris. Phew.


Nak dijadikan cerita, semalam aku ada lah edit satu gambar beliau yang aku curi kat ig ehhe maaf bang.



EDIT SAJA SAJA JE SEBAB MASA NIE EPISODE NUR CAKAP KAT HARRIS JANGAN CARI DIA LAGI SO AKU BUAT LAH CAPTION BERBUNYI................. *tengok gambar dibawah*



AKU BARU JE BACA KOMEN DIA MASHAALLAH TAK SANGKA! AHAHAHAHA. OK CAPSLOCK SEBAB EKCITED.


sedihnya, aku tak boleh tengok emoji dia send, sape boleh tengok tolong bagitahu.............aha. sampai cenggitu kauuu!


Okaylah tu je nak cerita, sambil-sambil tengah tunggu tamat waktu pejabat, nak balik kampung sebab bisuk cuti! hehe. nak jenguk moknenek yang sakit (baca sini)


Ku doakan semoga Azrel Ismail berjaya dalam kerjaya dan tak sombong and hope dapat jumpa dia suatu hari nanti ^^ Sekian, Ppyong!


Wednesday, July 29, 2015

Freebies: Tumblr Redirect Page (Doors)

Assalamualaikum.



Ini freebies bukan aku punya, aku just nak share, one of my fav web designer {cocorini}
shes basically a blogger on tumblr, themes dia buat kebanyakannya untuk tumblr tapi boleh je nak ubah letak dalam blog, yang tu kena tanya yg lebih pakar. Aku tak reti sgt ;____; maaf. Aku nak share nie sebab design themes dia semua comel-comel. Tak caya pergilah usha sendiri ^,^


Aku ingat nak edit blog nie ala-ala kawai gitu tapi aku nak guna denim template, dulu pernah aku buat sendiri tema bunny tapi sebab dah lama tak main coding aku dah lupa mcm mana nak start ;__;
cari tutorial yg aku guna dulu, dah tak jumpa ;___; aku taknak upah orang edit blog sebab aku puas bila blog aku design sendiri biarlah comot-comot pun...............


okay, back to the title........



paham kan apa kegunaan dia? nie gunanya bila kita nak pastikan readers lama kita tahu yang kita telah bertukar ke blog/link lain......{KLIK SINI} untuk lebih lanjut, tanya lah designer tu sendiri apa-apa yang perlu, aku share-kan je hehehe.

Till then, bye bye.

Tuesday, July 28, 2015

Triple G.

Assalamualaikum

AMARAN! INI ENTRY BERGAMBAR

location: pantai bukit keluang & sekitar besut
date: 24/7/2015 ; 8 Syawal 1436H



selamat hari raya guys! hari ni aku nak update blog sikit, kena langkau terus ke cerita pada Syawal yang kelapan. Kalau aku rajin aku akan update pasal raya aku sebelum raya kelapan nie, tu pun kalau rajin hehehehhehe tak berjanji ni.

Pada suatu pagi, aku upload gambar kat ig lepastu one of my Triple G (nama group geng aku acah acah swag gitu ada nama bagai ahahah kesah pulak aku kalau kau meluat? lol) komen kat gambar aku mengatakan bahawa dia akan dtg Besut, si Aini nie tak pernah sampai kesini ;___; kesian dia.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 ptg  macam tu diorang 7 orang sampai rumah aku setelah pergi ambik Auni dgn Wani. Maknanya aku penumpang terakhir MPV Grand Livina berplat "TAT" tuh lol plat kereta pun dah bertema kan kuih raya ahaha.

Duk lepak-lepak rumah aku kejap, ambik ambik gambar before teruskan perjalanan membawa budak budak KT dan Dungun round satu Besut *acah acah*


























Aini, Wani, Auni, Me


cikmaaaaa


Auni, Adda, Wani 




im so happy that day, diorang hantar aku balik rumah dlm pukul 11++ kot nasib baik tak overnight ahaha. guys, thanks for this memory ^^ i love you all.

Sekian.