Friday, August 14, 2015

Drawing



Assalamualaikum.



Just a quick update about my drawing hewhew. Ajan tanya "minat melukis ke?" Yes, aku memang minat melukis tapi aku punya skill melukis takde lah sampai tahap boleh dipanggil pelukis sebab aku sebenarnya kena ada bahan references kat depan. contohnya kalau aku nak lukis anime aku kena ada actual picturenya sbg rujukan. Maksudnya tahap imaginasi aku belum sampai tahap boleh mencipta character anime sendiri.

sejak beberapa hari ni aku selalu melukis and upload kat ig hehehe sesiapa dah follow ig mesti dah tengok nie semua.


usui takumi ----- from anime Kaichou Wa Maid-Sama requsted by my officemate Lin. Aku dah tengok anime ni dulu. Handsome gila mamat usui ni  >0<  Lepas upload drawing ni kat ig eh ramai pulak yang request suruh aku lukis anime character yang diorang nak. Ok, aku terima shj. tapi aku tak jamin aku boleh siap cepat. Aku terima request ni bukan nak berlagak "senpai" cuma aku anggap apa yg aku lukis ni sbg latihan untuk aku. Lagipun aku sebenarnya bukanlah seorang otaku yang mengenali semua anime character. 



Kaneki Ken from Tokyo Ghoul requested by hararakacak. Ni lah contohnya "bila orang request , secara tak langsung diorang introduce kan aku dgn anime character yg aku tak tahu kewujudannya sebelum ni."

Yes, aku bukan penggemar anime =_= dan aku tak tahu anime apa yg best skrg ni sbb anime yg aku tengok boleh kira dgn jari, tu pun copy dgn roomate masa sem satu dulu lol.



Monkey D'Luffy from One Piece--- requested by Lin. Yang ni aku tahu lah, sebab adik aku pun tengok cite nie hahahahaha.




Haaaa lagi satu, aku tak reti lukis potret uhukuhuk so maaflah ajan yang pada asalnya suruh lukis diri dia terpaksa buat versi chibi/anime heol -.- Okay, dah takde apa nak cakap ---- post ni sekadar untuk memastikan blog ini senantiasa di update (biarpun bukan tiap hari)

p/s: aku dah start baca manga kat mangareader.net hahaha thanks to my cousin---najwa yang ajar aku cemana nak baca manga online lol jakunnya +___+ Futagami Double Manga best!



Wednesday, August 05, 2015

Hey! New Look.




new watermark hihi


Assalamualaikum.

Yey laptop dah okay ---- first time format sendiri lol, maksud aku baru ada keberanian nak format laptop sendiri setelah dia meragam macam macam keluar. Lepas install balik drivers yang diperlukan antara benda pertama yang aku cari ialah Adobe Photoshop CS3. Before this aku guna, Adobe Photoshop White Rabbit hohoho. 

So bila dah ada PS balik ni perasaan nak tukar template guna idea sendiri and edit sendiri membuak buak. Tapi tak rancang pun nak tukar secepat ini sebab theme Black and White yang lepas tu pun baru je tukar. Aku tak puas hati sangat template lama tu sebab sidebar dia tak lawa and limited ;__; plus, aku lagi puas hati kalau pakai design/idea sendiri.

Maka semalam, kat tempat kerja aku mula buat header. Tu pun dah lewat, aku buat dlm lepas waktu tengah hari, then tamat waktu office, siap! TAAAAAAAADAAA!


aku guna gambar daehan minguk manse tuh sebab they're one of my obsession/interest lol siapa je yang tengok TROS tak minat diorang kan? so as a peminat setia Superman Return, aku guna Song Triplets sebagai penyampaiana apa yang aku cuba sampaikan. Harap harap sampai lah.

Kalau korang masuk blog nie and be like "oh ada song triplets, tak syak lagi dia nie peminat song triplets and tengok TROS" maknanya apa yang aku cuba sampaikan tu menjadi lah hohooho.

Okay back to the right track, lepas tamat waktu office, balik rumah buat apa yg patut, tengok syurga nur. Lepas solat maghrib aku sambung edit footer and terus tukar template lama ke Denim. Clean and Clear mula mula tu lepas tu aku edit ah. Dengan bantuan tutorial dari Nabila Medan akhirnya sekarang blog yang korang tengok nie lah hasilnya.

DON'T STEAL

 Aku akui, design kali nie adalah yang paling aku suka ^^ sebab kaler dia, watermark dia. and most important masa nak edit coding tu smooth je, tak banyak berlaku error. Tapi sebenarnya banyak lagi yang aku tak edit ni mcm scrollbar, kotak komen etc. Nantilah semua tu tak penting, tak kacau pandangan aku pun so hold dulu. So dalam jam 12.30++ AM semalam aku siap edit setakat ini shj.

Alangkah bagusnya kalau aku segigih ni buat system yang ditugaskan untuk budak praktikal mcm aku  ni =_= but yeah theres database blablablabla yang membuatkan aku terjerumus ke benda lain instead siapkan system tuh. Aiyaak!

cr: cute floating navigation and blockquote to ---- wanaseoby

and yang lain-lain semua cr to myself. Thats all, Thankyou!