Saturday, May 23, 2020

Unforgettable Night #1 : Back in 2011




Mesti korang pening tengok gif ni kan ha ha ha. Actually aku tengah fikir jap, cara penulisan untuk menyampaikan entry ni. OK gif ni tak membantu langsung.

Assalamualaikum.
Hai gais, aku kembali lagi dengan entry ketiga bagi tahun ini yay big claps big claps /baksu/
Based on the title, I bet you all mesti dah tahu bahawa entry ni will be all about my flashback. Whoever yang follow aku kat twitter mungkin ada yang dah terbaca tentang apa yang akan diceritakan didalam entry ini. I've decided to share my unforgettable night #1 #2 #3 here, so please anticipate hehehe.

WARNING!!!! Entry ini sedikit sebanyak boleh mengundang (trigger) panic attack. Sekiranya anda pernah mengalami pengalaman seperti dirompak, dipukau atau diragut, anda disarankan untuk membaca entry saya yang lain. Thankyou!

A THREAD ON TWITTER

Seperti biasa rutin harianku, aku akan scroll-scroll twitter, instagram, facebook dan back to twitter again before tidur. So tadi, sedang asyik aku scroll-scroll twitter tiba-tiba aku ada terbaca satu thread, dimana ada seorang lelaki posted his conversation through whatsapp with his girl friend yang ketika itu sedang berada dalam rumah bersama perompak! She is so lucky to have this guy to talk to her during that intense and scary situation. For full story, silalah baca thread from twitter dibawah. Tapi aku dah WARNING awal-awal, jangan baca kalau anda ada anxiety (panic/trauma) yang teruk.




BRING BACK MEMORIES

The moment aku baca thread tu telah mengingatkan aku kembali tentang pengalaman aku sendiri pada tahun 2011, back then when I was 17. Aku belajar kat sekolah kampung je. So bila ada cuti panjang aje mesti aku akan ke Kuala Lumpur untuk menemui anak saudara dan kakak-kakak aku. Semua kakak dan abang mostly berhijrah kesana. So waktu umur sekian sekian, memang excited gila bila dapat pergi KL. Maklumlah budak kampung. Aku pulak bukan pergi saja-saja. Memang dah jadi macam satu tugas untuk aku sebagai anak kedua bongsu dari sembilan beradik, ada peluang je mesti the kakaks minta aku jadi babysitter anak-anak mereka. Kebetulan waktu tu dah habis SPM.

So that night, I was there at Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Rumah teres dua tingkat. Warna pink comel. I don't really remember hari dan tarikh. Yang aku ingat dalam rumah tu ada Kaklong dan suami dia, anak lelaki dua orang (berumur 7 dan 5), anak perempuan (2thn) dan sorang kakak aku yang bujang (now dah kawin pun)

Malam tu, tak tahulah kenapa aku mengantuk sangat-sangat sampai handphone LG aku yang boleh slide ke atas tu pun aku tertinggal atas almari kat ruang tamu begitu saja. Then masuk tidur dalam bilik yg berada kat dapur bersama baby niece (Marissa nama dia now dah darjah 5). Marissa ni kebiasaannya malam-malam mesti dia akan terjaga dan menangis sebab lapar. Pintu bilik aku tak kunci pun, sbb tidur dengan baby kan... Tapi....yang peliknya malam tu, semua orang tidur nyenyak bagaikan orang yang kepenatan tak tidur beberapa hari yang baru lepas mengerjakan 5 ekar tanah. Sepertinya kami satu keluarga sudah dipukau!

Sedar tak sedar, apabila kaklong aku dah bersiap nak pergi kerja then dia masuk dlm bilik aku bertanyakan kalau-kalau aku ada ternampak handbagnya. Oh ya lupa nak maklumkan, kaklong, suami dan dua anak lelaki mereka tidur diruang tamu sahaja malam tu. Handbag dihujung kepala. Begitu juga handphone mereka. Waktu kaklong tercari-cari tu memang semua belum aware pasal realitinya yang rumah dah dipecah masuk. Sebabnya......sedikit pun mereka tak tinggalkan kesan. Takde kesan geledah langsung, maybe diorang takut kami terjaga. Akak yang sorang lagi tidur kat bilik tingkat atas, pintu dikunci katanya. Syukur sangat masatu kami sekeluarga tak diapa-apakan.

I was fully-awaked after kaklong tiba-tiba jerit

"rumah kite dah dipecah masuk, dirompak!

something like that. Kaklong perasan pintu belakang masih terbukak, ok at this point aku dah meremang bulu tengkuk rasa nak nangis bila ingat balik. But I'm okay, don't worry, kejap je. Kaklong tengok kat belakang ada beg laptop abang ipar yang dah digeledah, diaorang ambil yang berharga sahaja. Masa tu, macam-macam imagination yang bermula dengan perkataan 'kalau' telah bermain difikiran aku.

"Kalau takde baby tidur dengan moteh, apa lah jadi kat moteh sorang-sorang kat bilik tak berkunci tu"
dan
"Kalau ada yang terjaga malam tu, mesti situasi jadi lain dan bertambah intense. Mesti akan ada pergelutan dan mesti..................."

Nauzubillahiminzalik. YaAllah Terima Kasih sebab Engkau telah melindungi kami, membiarkan kami tidur ketika penyangak-penyangak sedang membuat jahat didalam rumah kami. Hanya Dia yang maha mengetahui yang mana terbaik untuk kami jadi kami dah lama redha dengan harta benda yang dah diambil.

"ada hikmah mungkin Allah tidurkan semua, tapi still skeri sebab kita tak terjaga kan, like the worse imagination cross the mind.. apa dan apa.. the trigerring experience mesti akan terbawa-bawak even sampai besar ni kan" - Jat, 2020.


After buat report polis, kami balik termenung je kat rumah then tiba-tiba ada seorang uncle chinese datang siap bagi salam.

"Amoi, ini saya ada jumpa IC dan handbag belakang rumah"

Cis tahu pulak dia nak tinggalkan IC. Nasib baik waktu tu kakak aku tak withdraw duit so takde cash. Mesti diorang hampa. Handbag je besor tapi duit tadak. Barang kemas pun taksimpan kat rumah. Duit syiling diorang takmahu wei, demand gila. Sampai sekarang tak tahu siapa penyangaknya. Padahal bukan boleh ke check dekat bahan-bahan bukti yang ada? Entahlah aku tak reti la, eh biarlah aku dah redha benda dah lama pun cuma aku harap dia terima balasan dari Allah SWT je.

Long story short, sebab aku malas buat entry panjang-panjang, nanti korang bosan nak baca, Aku dah takboleh duduk rumah tu sorang-sorang dah, nasib baik akak aku dah pindah dan rumah tu dah ada penyewa lain. Bak kata Jat.
"Triggering place bring back memories. gitu"

Ada lagi yang aku tak ceritakan dekat dalam entry ni so korang kena baca kat twitter aku kat bawah ni ya gais. Korang pernah mengalami pengalaman macam ni juga? yuk ceritakan dibahagian komentar.

Dan juga, nantikan cerita #2 & #3 dari aku, everything based on my own experineces tanpa sebarang tokok tambah....


nota kaki: moteh tu nama panggilan anak saudara untuk aku (means mokteh/makteh in a cute way)