Sunday, August 10, 2014

Remaja OKU lemas

BESUT- Keengganan seorang pemuda OKU mendengar nasihat beberapa remaja agar tidak mandi di Sungai Tiang Rebau, Kampung Kerandang, di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui mati di sungai berkenaan, petang kelmarin.


Mangsa, Muhammad Hisyam Abdullah, 20, yang mengalami masalah lembam, lemas setelah terjun ke dalam sungai dipercayai selepas teruja melihat empat remaja sedang mandi-manda, kira-kira jam 2.30 petang.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, sebelum itu empat remaja berusia 15 tahun telah menasihati mangsa supaya tidak turun mandi di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun mangsa yang tinggal di kampung sama tidak mengendahkan nasihat tersebut sebaliknya berjalan melalui titi kemudian terjun ke dalam sungai.


“Disebabkan air sungai dalam, mangsa lemas dan kumpulan remaja tersebut berusaha menyelamatkan mangsa dengan menarik tangannya tetapi gagal, mangsa kemudiannya tenggelam di dalam lubuk itu,” katanya.


Noorzainy berkata, selepas mangsa hilang, gerakan mencari dilakukan pasukan bomba dan penyelamat, JPAM Besut, polis dan penduduk kampung.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui bapa saudaranya bersama anggota mencari dan menyelamat kira-kira tiga jam kemudian di sekitar tempat dia mula tenggelam.

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Besut untuk bedah siasat dan hasil laporan mendapati mangsa meninggal akibat lemas.

“Kematian mangsa tidak ada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, datuk saudara mangsa, Wan Sidek Wan Hassan, 70, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Besut malam kelmarin berkata, cucunya yang aktif itu merupakan anak tunggal.
--sinar



Ok tu petikan entry dari blog→  ni
Sekarang aku nak cerita bahawasanya si mati tu sebenarnya saudara aku. Dia anak kepada sepupu arwah ayah aku. Kitorang panggil arwah dgn panggilan Isae. Arwah mmg seorang yang hyperactive,  kalau ikutkan dia sebaya aku. Tapi dah Allah jadikan dia begitu,  maka segala tingkah lakunya seperti kanak kanak tu kami satu kampung dah tahu sgt..


Dia selalu pegi rumah aku. Walaupun Isae ni dilahirkan kurang upaya tapi aku tabikk ah kat dia,  dia tahu siapa sedara mara dia. dia kenal. dia tahu. sungguh ku terharu. tsk.


Tapi agak pelik jugak lah hari raya aritu dia tak pegi rumah aku,  biasanya setiap hari raya dia akan pegi pakai baju melayu handsome handsome naik basikal kutip duit raya. Tapi kali ni taakkk.....  hmm...


Jadi kali terakhir aku jumpa arwah masa sebelum puasa. Dia pergi rumah mintak kasut bola adik aku, adik bagi yang letak kat lutut tu je tak bagi kasut sebab adik aku nak guna lagi kasut tu.. lepas tu dia dah tak pegi. YaAllah engkau tempatkan arwah dalam kalangan hambamu yg soleh. Sayu hati tengok arwah masa penduduk kampung angkat dia dari sungai tu. Sungai tu tempat aku main air kecik kecik dulu. Dekat dgn rumah. Tapi masa kejadian mmg air dalam gila.


Semoga pakdo dan makdo (nenek dn atuk arwah)  redha dgn pemergian arwah. InshaAllah syurga utknya. Aamiin.


AlFatihah.


No comments:

Post a Comment