Wednesday, July 29, 2015

Freebies: Tumblr Redirect Page (Doors)

Assalamualaikum.



Ini freebies bukan aku punya, aku just nak share, one of my fav web designer {cocorini}
shes basically a blogger on tumblr, themes dia buat kebanyakannya untuk tumblr tapi boleh je nak ubah letak dalam blog, yang tu kena tanya yg lebih pakar. Aku tak reti sgt ;____; maaf. Aku nak share nie sebab design themes dia semua comel-comel. Tak caya pergilah usha sendiri ^,^


Aku ingat nak edit blog nie ala-ala kawai gitu tapi aku nak guna denim template, dulu pernah aku buat sendiri tema bunny tapi sebab dah lama tak main coding aku dah lupa mcm mana nak start ;__;
cari tutorial yg aku guna dulu, dah tak jumpa ;___; aku taknak upah orang edit blog sebab aku puas bila blog aku design sendiri biarlah comot-comot pun...............


okay, back to the title........



paham kan apa kegunaan dia? nie gunanya bila kita nak pastikan readers lama kita tahu yang kita telah bertukar ke blog/link lain......{KLIK SINI} untuk lebih lanjut, tanya lah designer tu sendiri apa-apa yang perlu, aku share-kan je hehehe.

Till then, bye bye.

Tuesday, July 28, 2015

Triple G.

Assalamualaikum

AMARAN! INI ENTRY BERGAMBAR

location: pantai bukit keluang & sekitar besut
date: 24/7/2015 ; 8 Syawal 1436H



selamat hari raya guys! hari ni aku nak update blog sikit, kena langkau terus ke cerita pada Syawal yang kelapan. Kalau aku rajin aku akan update pasal raya aku sebelum raya kelapan nie, tu pun kalau rajin hehehehhehe tak berjanji ni.

Pada suatu pagi, aku upload gambar kat ig lepastu one of my Triple G (nama group geng aku acah acah swag gitu ada nama bagai ahahah kesah pulak aku kalau kau meluat? lol) komen kat gambar aku mengatakan bahawa dia akan dtg Besut, si Aini nie tak pernah sampai kesini ;___; kesian dia.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 5 ptg  macam tu diorang 7 orang sampai rumah aku setelah pergi ambik Auni dgn Wani. Maknanya aku penumpang terakhir MPV Grand Livina berplat "TAT" tuh lol plat kereta pun dah bertema kan kuih raya ahaha.

Duk lepak-lepak rumah aku kejap, ambik ambik gambar before teruskan perjalanan membawa budak budak KT dan Dungun round satu Besut *acah acah*


























Aini, Wani, Auni, Me


cikmaaaaa


Auni, Adda, Wani 




im so happy that day, diorang hantar aku balik rumah dlm pukul 11++ kot nasib baik tak overnight ahaha. guys, thanks for this memory ^^ i love you all.

Sekian.

Tuesday, July 14, 2015

Get Well Soon Moknenek :----(

Assalamualaikum.


Ramadhan sudah hampir beransur pergi. Aku percaya semua orang diberi dugaan di bulan puasa, tapi semua tak sama. Walaupun tak sama, mesejnya masih dalam konteks yang sama "ALLAH ITU MAHA BERKUASA"

Khamis minggu lepas, 22 Ramadhan 1436H keluarga aku sekali lagi diuji........nenek aku jatuh dalam rumah....patah tangan dan memang tak boleh nak bergerak. Sepatutnya hari Khamis lepas aku tak balik kampung sebab minggu sebelum tu dah balik and minggu nie akan balik utk beraya, tapi dalam jam3 lepas habis waktu office, pakcik aku kata "kita kena balik kg jugak arini mok rebah, patah tangan. teruk juga"

Aku terkejut. Terus terbayang wajah tua mok //nenek aku dipanggil mok//


Almost crying when i watch my grandma try to move, bayangkan lah mcm mana... dia hanya mampu berlunjur & tak boleh nak angkat punggung. Kalau nak duduk pun kena angkat, nak mandi nak kencing semua kena bantuan anak cucu. Alhamdulillah semua boleh tolong. Cuma bergerak sikit "auch" sakit...... bukan setakat patah tangan but also her thighs (mula-mula ingatkan peha mok patah jugak, tapi lepas xray rupanya tak patah cuma seliuh, tapi teruk jugak ah seliuh dia)

nak uruskan pun agak rumit sbb pegang situ sakit pegang sini sakit.. hmm may Allah ease everything. Get well soon mok ;____; nak raya dah ni mok ;_____; moga Allah kurangkan kesakitan mok.



actually right before she fell she went to rumah mokcik sebelah sbb dia nmpk nurse & ambulans gi rmh mokcik, mok ingt mokcik yg sakit. but,,, lepas mok balik rumah ambik wudhuk nak solat dia naik kat living room and jatuh kat dpn almari dpn bilik pokngoh. kalau ikutkan masa tu tkde orang tapi nasib baik, sepupu aku yg belajar kat vokasional besut sampai right on time. masa tu hujan, sepupu aku dgr bunyi "gedebuk" sebelum dia masuk rmh, mok pun panggil "aiman tlg mok man"


aiman jenguk kepala ikut tingkap dari luar & terkejut tgk mok. masa ni dia tahu cemana keadaan tgn mok yg terkeluar tulang menembusi kulit, cuba nak angkat tapi tgn mok terkulai and mok kata "patah dah tgn mok ni man" aiman pun panggil abg aku (rmh aku kat blkg rmh mok)

abg dtg & tgk keadaan mok pastu gi panggil pakdo leh, tukang urut merangkap sepupu mok & dia reti soal patah patah ni. dia yg rawat mok.tulang mok tu dia yang masukkan sebab mok tanak gi sepital almaklumlah orang tua susah sikit dgn sepital sepital nih dia nak cara kampung jugak, aku siap iklan kat fb twitter instagram untuk cari bomoh patah. Pujuk punya pujuk, mok setuju pegi xray kat klinik. hasilnyaaaaa;



baru tahu tulang mok masih macam ni, tak bersambung. hmm tunggu jelah nanti semua anak anak dia balik nanti bincang balik nak warded ke tak nenek aku ni ;________; ala mok tak boleh pakai baju raya yg aku pegi hantar rmh tukang jahit aritu sobss ;__; cepat sembuh mok


 gambar mok waktu sihat together with her lil brother

first time aku diberi peluang uruskan nenek sakit, mungkin ni lah hikmah dia, hikmahnya adalah aku dapat experience jaga orang tua sakit, atleast aku tak kekok. lagipun arwah ayah dgn tokmat aku dulu tak sempat nak uruskan waktu hidupnya sebab dua dua arwah meninggal mengejut; arwah ayah aku accident, tokmat pulak meninggal dalam tidur , yes let's be positive setiap dugaan ada hikmahnya. samalah mcm prev post aku pasal UiTM Dungun yang terbakar tu; dengar kata bakal digantikan dengan yang baru ^^


Sampai sini saja dulu, doakan nenek aku cepat sembuh. Aamiin.














Wednesday, July 08, 2015

#KARAH UiTM Dungun Burned Down

Assalamualaikum


Tanggal 7 July 2015 bersamaan 20 Ramadhan 1436H; tamat sudah riwayat sebuah bilik kuliah kayu dimana tempat aku belajar. 3 Tahun aku belajar kat UiTM Dungun tu macam macam kenangan ada kat bilik kuliah kayu yang diberi nama KARAH  ni  ;_____________;


Pada hari kejadian, aku takde kat uitm dah sebab sekarang tengah buat praktikal kat Pejabat Tanah Setiu. Kawan kawan yang masih belajar kat sana send wassap, lepastu tengok kat twitter. Sedihnya ;____;

"Kita lost bilik kuliah Karah 10 dlm kebakaran. 100% hangus. Tiada sbrg kecederaan krn tiada kelas. Punca masih disiasat. Ribut petir masa tu" - TR HEP, Sir Jaie



petikan berita harian harini





 

cepat je api merebak mungkin sebab tu rumah kayu. Actually, KARAH nie bilik kuliah lama zaman UiTM dikenali as ITM dulu lagi tapi sebab ia masih elok untuk digunakan so kami teruskan je guna. Tangga tu boleh kira baru jugak renovate. Walaupun hujan, bila Allah kata Kunfayakun, terjadi jugak. Ada hikmah disebalik kejadian. Nanti Karah 10 boleh dibangunkan balik dengan keadaan lebih baik dan selesa


Di Karah ni jugaklah dijadikan tempat student buat filem KARAH 1 hingga KARAH 3; cerita hantu huhuhu


 nah video member aku send. thanks to dayah :------(

Till then byebye