Tuesday, July 14, 2015

Get Well Soon Moknenek :----(

Assalamualaikum.


Ramadhan sudah hampir beransur pergi. Aku percaya semua orang diberi dugaan di bulan puasa, tapi semua tak sama. Walaupun tak sama, mesejnya masih dalam konteks yang sama "ALLAH ITU MAHA BERKUASA"

Khamis minggu lepas, 22 Ramadhan 1436H keluarga aku sekali lagi diuji........nenek aku jatuh dalam rumah....patah tangan dan memang tak boleh nak bergerak. Sepatutnya hari Khamis lepas aku tak balik kampung sebab minggu sebelum tu dah balik and minggu nie akan balik utk beraya, tapi dalam jam3 lepas habis waktu office, pakcik aku kata "kita kena balik kg jugak arini mok rebah, patah tangan. teruk juga"

Aku terkejut. Terus terbayang wajah tua mok //nenek aku dipanggil mok//


Almost crying when i watch my grandma try to move, bayangkan lah mcm mana... dia hanya mampu berlunjur & tak boleh nak angkat punggung. Kalau nak duduk pun kena angkat, nak mandi nak kencing semua kena bantuan anak cucu. Alhamdulillah semua boleh tolong. Cuma bergerak sikit "auch" sakit...... bukan setakat patah tangan but also her thighs (mula-mula ingatkan peha mok patah jugak, tapi lepas xray rupanya tak patah cuma seliuh, tapi teruk jugak ah seliuh dia)

nak uruskan pun agak rumit sbb pegang situ sakit pegang sini sakit.. hmm may Allah ease everything. Get well soon mok ;____; nak raya dah ni mok ;_____; moga Allah kurangkan kesakitan mok.



actually right before she fell she went to rumah mokcik sebelah sbb dia nmpk nurse & ambulans gi rmh mokcik, mok ingt mokcik yg sakit. but,,, lepas mok balik rumah ambik wudhuk nak solat dia naik kat living room and jatuh kat dpn almari dpn bilik pokngoh. kalau ikutkan masa tu tkde orang tapi nasib baik, sepupu aku yg belajar kat vokasional besut sampai right on time. masa tu hujan, sepupu aku dgr bunyi "gedebuk" sebelum dia masuk rmh, mok pun panggil "aiman tlg mok man"


aiman jenguk kepala ikut tingkap dari luar & terkejut tgk mok. masa ni dia tahu cemana keadaan tgn mok yg terkeluar tulang menembusi kulit, cuba nak angkat tapi tgn mok terkulai and mok kata "patah dah tgn mok ni man" aiman pun panggil abg aku (rmh aku kat blkg rmh mok)

abg dtg & tgk keadaan mok pastu gi panggil pakdo leh, tukang urut merangkap sepupu mok & dia reti soal patah patah ni. dia yg rawat mok.tulang mok tu dia yang masukkan sebab mok tanak gi sepital almaklumlah orang tua susah sikit dgn sepital sepital nih dia nak cara kampung jugak, aku siap iklan kat fb twitter instagram untuk cari bomoh patah. Pujuk punya pujuk, mok setuju pegi xray kat klinik. hasilnyaaaaa;



baru tahu tulang mok masih macam ni, tak bersambung. hmm tunggu jelah nanti semua anak anak dia balik nanti bincang balik nak warded ke tak nenek aku ni ;________; ala mok tak boleh pakai baju raya yg aku pegi hantar rmh tukang jahit aritu sobss ;__; cepat sembuh mok


 gambar mok waktu sihat together with her lil brother

first time aku diberi peluang uruskan nenek sakit, mungkin ni lah hikmah dia, hikmahnya adalah aku dapat experience jaga orang tua sakit, atleast aku tak kekok. lagipun arwah ayah dgn tokmat aku dulu tak sempat nak uruskan waktu hidupnya sebab dua dua arwah meninggal mengejut; arwah ayah aku accident, tokmat pulak meninggal dalam tidur , yes let's be positive setiap dugaan ada hikmahnya. samalah mcm prev post aku pasal UiTM Dungun yang terbakar tu; dengar kata bakal digantikan dengan yang baru ^^


Sampai sini saja dulu, doakan nenek aku cepat sembuh. Aamiin.














6 comments:

Arpiiz said...

hope dia cepat sihat ye..

Wana Seoby said...

ya allah seramnya 😭😭💔😭get well soon 😭😭😭😭😭😭😭😭

Ajuya Rashid said...

Ya Allah sembuhkan lah nenek iera

ziana eunos said...

moga nenek cpt sembuh ya ^_^

*jmput singgah blog tau zianaeunos.blogspot.com

Cik JariManis said...

moga Allah beri kesembuhan pada nenda ieyra..allahumma aamiin :)

Ieyra Ghani said...

thanks guys...aamiin ^^ shes much better rn but masih guna wheelchair