Saturday, May 23, 2020

Unforgettable Night #1 : Back in 2011




Mesti korang pening tengok gif ni kan ha ha ha. Actually aku tengah fikir jap, cara penulisan untuk menyampaikan entry ni. OK gif ni tak membantu langsung.

Assalamualaikum.
Hai gais, aku kembali lagi dengan entry ketiga bagi tahun ini yay big claps big claps /baksu/
Based on the title, I bet you all mesti dah tahu bahawa entry ni will be all about my flashback. Whoever yang follow aku kat twitter mungkin ada yang dah terbaca tentang apa yang akan diceritakan didalam entry ini. I've decided to share my unforgettable night #1 #2 #3 here, so please anticipate hehehe.

WARNING!!!! Entry ini sedikit sebanyak boleh mengundang (trigger) panic attack. Sekiranya anda pernah mengalami pengalaman seperti dirompak, dipukau atau diragut, anda disarankan untuk membaca entry saya yang lain. Thankyou!

A THREAD ON TWITTER

Seperti biasa rutin harianku, aku akan scroll-scroll twitter, instagram, facebook dan back to twitter again before tidur. So tadi, sedang asyik aku scroll-scroll twitter tiba-tiba aku ada terbaca satu thread, dimana ada seorang lelaki posted his conversation through whatsapp with his girl friend yang ketika itu sedang berada dalam rumah bersama perompak! She is so lucky to have this guy to talk to her during that intense and scary situation. For full story, silalah baca thread from twitter dibawah. Tapi aku dah WARNING awal-awal, jangan baca kalau anda ada anxiety (panic/trauma) yang teruk.




BRING BACK MEMORIES

The moment aku baca thread tu telah mengingatkan aku kembali tentang pengalaman aku sendiri pada tahun 2011, back then when I was 17. Aku belajar kat sekolah kampung je. So bila ada cuti panjang aje mesti aku akan ke Kuala Lumpur untuk menemui anak saudara dan kakak-kakak aku. Semua kakak dan abang mostly berhijrah kesana. So waktu umur sekian sekian, memang excited gila bila dapat pergi KL. Maklumlah budak kampung. Aku pulak bukan pergi saja-saja. Memang dah jadi macam satu tugas untuk aku sebagai anak kedua bongsu dari sembilan beradik, ada peluang je mesti the kakaks minta aku jadi babysitter anak-anak mereka. Kebetulan waktu tu dah habis SPM.

So that night, I was there at Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Rumah teres dua tingkat. Warna pink comel. I don't really remember hari dan tarikh. Yang aku ingat dalam rumah tu ada Kaklong dan suami dia, anak lelaki dua orang (berumur 7 dan 5), anak perempuan (2thn) dan sorang kakak aku yang bujang (now dah kawin pun)

Malam tu, tak tahulah kenapa aku mengantuk sangat-sangat sampai handphone LG aku yang boleh slide ke atas tu pun aku tertinggal atas almari kat ruang tamu begitu saja. Then masuk tidur dalam bilik yg berada kat dapur bersama baby niece (Marissa nama dia now dah darjah 5). Marissa ni kebiasaannya malam-malam mesti dia akan terjaga dan menangis sebab lapar. Pintu bilik aku tak kunci pun, sbb tidur dengan baby kan... Tapi....yang peliknya malam tu, semua orang tidur nyenyak bagaikan orang yang kepenatan tak tidur beberapa hari yang baru lepas mengerjakan 5 ekar tanah. Sepertinya kami satu keluarga sudah dipukau!

Sedar tak sedar, apabila kaklong aku dah bersiap nak pergi kerja then dia masuk dlm bilik aku bertanyakan kalau-kalau aku ada ternampak handbagnya. Oh ya lupa nak maklumkan, kaklong, suami dan dua anak lelaki mereka tidur diruang tamu sahaja malam tu. Handbag dihujung kepala. Begitu juga handphone mereka. Waktu kaklong tercari-cari tu memang semua belum aware pasal realitinya yang rumah dah dipecah masuk. Sebabnya......sedikit pun mereka tak tinggalkan kesan. Takde kesan geledah langsung, maybe diorang takut kami terjaga. Akak yang sorang lagi tidur kat bilik tingkat atas, pintu dikunci katanya. Syukur sangat masatu kami sekeluarga tak diapa-apakan.

I was fully-awaked after kaklong tiba-tiba jerit

"rumah kite dah dipecah masuk, dirompak!

something like that. Kaklong perasan pintu belakang masih terbukak, ok at this point aku dah meremang bulu tengkuk rasa nak nangis bila ingat balik. But I'm okay, don't worry, kejap je. Kaklong tengok kat belakang ada beg laptop abang ipar yang dah digeledah, diaorang ambil yang berharga sahaja. Masa tu, macam-macam imagination yang bermula dengan perkataan 'kalau' telah bermain difikiran aku.

"Kalau takde baby tidur dengan moteh, apa lah jadi kat moteh sorang-sorang kat bilik tak berkunci tu"
dan
"Kalau ada yang terjaga malam tu, mesti situasi jadi lain dan bertambah intense. Mesti akan ada pergelutan dan mesti..................."

Nauzubillahiminzalik. YaAllah Terima Kasih sebab Engkau telah melindungi kami, membiarkan kami tidur ketika penyangak-penyangak sedang membuat jahat didalam rumah kami. Hanya Dia yang maha mengetahui yang mana terbaik untuk kami jadi kami dah lama redha dengan harta benda yang dah diambil.

"ada hikmah mungkin Allah tidurkan semua, tapi still skeri sebab kita tak terjaga kan, like the worse imagination cross the mind.. apa dan apa.. the trigerring experience mesti akan terbawa-bawak even sampai besar ni kan" - Jat, 2020.


After buat report polis, kami balik termenung je kat rumah then tiba-tiba ada seorang uncle chinese datang siap bagi salam.

"Amoi, ini saya ada jumpa IC dan handbag belakang rumah"

Cis tahu pulak dia nak tinggalkan IC. Nasib baik waktu tu kakak aku tak withdraw duit so takde cash. Mesti diorang hampa. Handbag je besor tapi duit tadak. Barang kemas pun taksimpan kat rumah. Duit syiling diorang takmahu wei, demand gila. Sampai sekarang tak tahu siapa penyangaknya. Padahal bukan boleh ke check dekat bahan-bahan bukti yang ada? Entahlah aku tak reti la, eh biarlah aku dah redha benda dah lama pun cuma aku harap dia terima balasan dari Allah SWT je.

Long story short, sebab aku malas buat entry panjang-panjang, nanti korang bosan nak baca, Aku dah takboleh duduk rumah tu sorang-sorang dah, nasib baik akak aku dah pindah dan rumah tu dah ada penyewa lain. Bak kata Jat.
"Triggering place bring back memories. gitu"

Ada lagi yang aku tak ceritakan dekat dalam entry ni so korang kena baca kat twitter aku kat bawah ni ya gais. Korang pernah mengalami pengalaman macam ni juga? yuk ceritakan dibahagian komentar.

Dan juga, nantikan cerita #2 & #3 dari aku, everything based on my own experineces tanpa sebarang tokok tambah....


nota kaki: moteh tu nama panggilan anak saudara untuk aku (means mokteh/makteh in a cute way)



Wednesday, May 20, 2020

my so-called-new-achievement heheh

Assalamualaikum. 

sumber : google

Hai everything, Alhamdulillah terdetik hati nak update blog harini menjadikan ia the second post in 2020. lol hopefully it won't be the last one for this year? Nothing much to share, just want to mengabadikan one of my so-called-new-achievement in this blog. 
To be honest, aku dah lama, sangat lama mengimpikan untuk mencuba melukis dengan penuh passionate sekali. Dukacitanya, passionate tu tak pernah lekat. Selalu hangat-hangat tahi ayam. Pastu bila je nak improve? 

Aku selalu mcm tu. Buat keje sekerat jalan dalam segala hal. Apa nak jadi lahai...Semoga anak anak aku besok tak ikut perangai ibunya dalam bab ni, sila ikut ayah tau! Hehehe

DRAWING TABLET
Ok, nak dijadikan cerita masa aku masih belajar (now dah habis) masa tu cuti sem aku ada lah teringin sangat nak beli drawing tablet. Ushaa punya ushaa, ada lah terjumpa this one tablet brand HUION dengan harga yg berpatutan. Baca review, tengok tutorial kat youtube. Nampak mcm senang je guna, pastu terus aku beli. Bila dah sampai....aku tak reti guna sangat...tak familiar...kurang ilmu... 
Aku ada lukis something tp tak ingatlah apa, tak menjadi sangat that's why tak ingat lol pastu aku givap. Masuk sem baru aku tak bawak tablet ni sebab aku rasa mcm tak menyempat je pun nak melukis (padahal banyak je masanya)
Dalam setahun jugak la kot aku abaikan benda alah ni. And then this month, April. Kan tengah musim PKP, aku pun tergerak hati nak bukak tablet ni, nak mentelaah semula la kononnya. Hmm......Lagi sekali kecewa sebab apa tau? sebab pen tablet tu tak function, takde sensor. Masatu aku syak sebab aku tak bukak bateri triple A kat dalam pen tu so that dia berkarat akibat lama sangat terbenam dalam tu. So lagi sekali aku hampa. Memang hampa gila time tu sbb...yedoh, dah berkobar-kobar dengan semangat waja nak melukis sekali dia tak function. Hampir saja aku baling benda alah tu ke lantai. Takcaye boleh tanya sepupu aku. Har har har
Tapi aku tak givap babe, especially lepas aku tengok one of my mutual on twitter, Jat, updated about her new tablet. Dan bestnya dia pun beli jenama HUION jgk! aku pun tiba-tiba rasa nak try tengok balik yg aku punya. Adjust setting yg mana aku tak adjust lagi before this. Tengok google. Pastu tukar bateri lain (padahal sebelum ni pun aku dah tukar) 
pastu....pastu.....pastu......cursor dah start bergerak when i touch the pen on the tablet! Happy giler, terus aku start melukis malam tu. Sampai tak tidur, lepas sahur, lepas subuh, baru tidur. Hu hu hu. Actually masatu aku takde niat nak lukis sangat pun just nak biasakan diri dengan penggunaan pen dan tools kat adobe illustrator. At first memang kekok. Tapi malam tu jugak aku terpikir nak buat a simple kad raya. 
And here u go!! My very first digital drawing. 


A simple kad raya i made in two days. Two days la der sebab still terkial-kial hehehe. Well, I learned by myself. Kira okay la kan the outcome?
So i told my fiance about the tablet, and also told him that i want the new one yg boleh lukis terus, cth mcm wacom cintiq yg boleh lukis terus dalam tablet tu. Unlike the current one, yg kena sambung guna laptop. Ok je the current one, cuma I want to upgrade (later lah not now) Maybe i'll be more passionate after this, who knows right? 
Oh ya, told yah, I always adore my friends' drawing. Whoever yg boleh melukis ni aku adore betul lah. Rasa mcm.. YaAllah korang ni gifted betul... 
So yah, one of my friend ada open a youtube channel, which contain her drawing & animation. I want to give her a shoutout (eventho idk ade readers ke tak kat blog ni kkkkk) 
Yeah, please subscribe to my friend's youtube channel -- HaraTV (click here)
And if you don't mind, do follow my instagram too :))))
Okay that's all for this so-called-new-achievement entry yg banyak bebel aje. 
till then, 
bye-bye.

Sunday, April 26, 2020

It's not your fault, 2020.

Assalamualaikum.


Henlo 2020, ada orang tak?
Kedatangan saya disini, demi menyahut seruan seorang member, yang berbunyi "gais gais jom start blogging balik"

Sebenarnya mmg selalu je rasa nak menulis kat sini, tapi rasa selalu tu bergilir-gilir dengan rasa 'tak perlu'. Sbb rasa tak perlu tu lah aku dah jarang update psl life aku kat medsos (dulu, sekarang dah aktif balik especially kat igstory & it's privated)

Siapa pernah baca entry aku yang nie -- (klik sini)
Dah empat tahun berlalu, dan sekarang, kejutan 2020 bukan untuk kawan-kawan sahaja malah aku sendiri jugak. Aku sendiri pun masih tak percaya, yg status aku telah bertukar sekarang. Yes, aku dah bertunang. Apa yg aku mintak empat tahun lepas tu, dah half way to be true. Alhamdulillah YaAllah. Terima Kasih Allah, sbb engkau dah jaga hati ini, untuk yg betul-betul perlu.

Pernah dulu, aku updated kisah hati aku disini. Tentang heartbroke, eventhough i was not in any love relationship.  Aku bersyukur sangat sbb tak pernah bercinta before this, hampir-hampir, tapi TIDAK.
So, to my dear friends, if you all rasa sedih sebab takde 'someone', feel rejected and all, just let it be. I've been rejected before. Apa yang aku buat is, move-on. Totally move-on. Tipulah kalau cakap senang nak move on. It took me like 2yrs and half or 3yrs(?)  jgk la nak totally move on tu. Buat yang dah dah jumpa 'someone' tu aku doakan semoga kekal sampai Jannah :DD

Letakkan  kepercayaan pada Dia yg that 'someone' we are looking for akan datang bila diri kita sendiri dah bersedia nak commit. Commit disini bermaksud dah bersedia untuk berumah tangga. Sounds cliche right? tapi bila kau dah sampai sini kau akan paham. Ofcourse, 'someone' itu tidak datang bergolek. Seiring dengan usaha dan doa. Ye aku tahu siapalah aku nak cakap benda mcm ni. Baru bertunang, bukannya dah kahwin. Tapi tak salah nak cakap melalui pengalaman & aku hanya minta, tolonglah doakan yg baik-baik saja utk aku dan orang lain juga. Mungkin ada yg anggap 'ah tu pov kau aje'. Yeeee sebab, kite taknak cakap pasal benda yg kite taknampak, taktahu....dan tak pernah rasai.... sebab kite tahu masing-masing ada pendapat masing-masing so this is my pendapat :))

****************************

Ramai org cakap 2020 ni tahun paling.........but for me, 2020 doesn't entirely go wrong. Let me recap, in January, for the first time, I went to HatYai, Thailand. In February, I got engaged. In March, I got a new in-law. Banyak benda baru berlaku dlm hidup aku in 2020. Thankyou 2020, I hope you'll be recovering from this pandemic. It's not your fault, 2020.

Akhir kata, sila jaga diri & kebersihan semoga kite semua terhindar dari segala penyakit. Fight COVID-19!!!!!! Let's pray this pandemic will end this year so that i can proceed with 'our' plan ✊🏻
note:  i only knew him, my fiance, few months after started an internship. hewhew. and this time, ofc, I'm ready to commit #tibeh nak selit.