Tuesday, October 29, 2013

Fizo Omar melamar Mawar.


ehe sweetnye. eh tapi belum nikah kan apa pegang pegang nie bang tehee =_=

Assalamualaikum.

Semalam tidur lewat. Aku duk menguasai taimline twitter duk spazzing sensorang tengok real kids story rainbow then tekan "home" tengok taimline aku penuh dengan ucapan tahnniah daripada fans kepada Fizo Omar. Wahh! Tahniah jugakkk dari saya abang fizo saya peminat anda juga dan ehem bakal isteri abang lawa (Y)

Selepas enam bulan bercinta, pelakon, Fizo Omar, dan pasangannya, Mawar Abdul Karim, memilih 10 November depan sebagai tarikh pernikahan mereka.
Menurut Fizo, bagi mengikut adat dan atas nasihat keluarga masing-masing, sehari sebelum acara ijab dan kabul berlangsung, keduaduanya terlebih dulu akan ditunangkan.
"Kalau ikutkan, memang kami tidak mahu bertunang. Selepas berbincang, akhirnya kami setuju bertunang pada 9 November, bagi tempoh 24 jam sebelum akad nikah.
"Tiada apa-apa yang istimewa mengenai pemilihan tarikh terbabit.
Cuma, kami rasa itulah tarikh yang sangat sesuai selepas mendapat persetujuan keluarga masing-masing.
"Kedua-dua majlis akan diadakan dalam suasana sederhana di kediaman keluarga Mawar di Kajang.
Majlis itu juga akan disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O," kata Fizo pada sidang media khas mengumumkan tarikh pertunangan dan pernikahan mereka di Mutiara Damansara, semalam.
Hadir sama, bakal isteri Fizo, Mawar, dan anggota keluarga keduadua pasangan berkenaan.
Bagi majlis resepsi, menurut Fizo, ia akan dilangsungkan di tiga lokasi berasingan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang.
"Majlis pertunangan dan pernikahan akan dibuat secara tertutup, dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat. InsyaAllah, pada majlis resepsi yang akan diadakan pada Disember depan, semua rakan akan diundang," katanya.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
sumber : berita harian


Saksikan video dibawah -


          Wedding Proposal : Fizo Omar & Mawar #FizoMawar




Thankyou.







1 comment:

Muhammad Irfan said...

Wee Blogwalking For Tonight ~
Jom Singgah Blog saya , Jangan lupa Follow :)
http://i-irufan.blogspot.com/